Monday, January 12, 2009

U ingat i buat lawak ke! u ingat i ni ape!


Saya ada cerita menarik. Cerita ini berlaku pada hari Jumaat yang lalu. Entahlah tak tahu apa pasal. Mungkin hari itu lebih istimewa daripada hari-hari yang lain. Mungkin ada orang hendak bagi surprise pada saya. Tapi hari itu bukan birthday saya. Kring kring! kring kring! Bunyi handphone saya berdering. Eh bukan kring kring, sekarang zaman maju, bunyi true tones I'm Yours by Jason Mraz kedengaran. Mungkin peminat setiaku. Orang tidak pakai lagi handphone cikai Nokia 3310 atau yang setaraf dengannya. Oh mungkin juga tidak sebab nenek saya pakai handphone itu.

Saya mengambil handphone saya dengan penuh debaran bagaikan menanti pengumuman hari raya di kaca tv. Jam menunjukkan 6.30 pagi. "Siapakah peminatku?" bisik hatiku. Saya tidak memakai cermin mata pagi itu. Entah kemana saya letak. Mungkin tertinggal di tandas barangkali. Bau tandas bibik saya basuh semalam terasa harum apabila memikirkanya. Dia gune Febris mungkin. Saya nampak nama pemanggil bermula dengan N .. mata saya terkedip-kedip untuk memfokus.

Siapakah N? Nelly Furtado ke? Tidak mungkin sebab dia sudah kahwin. Naomi Clark daripada 90210 ke? Tidak mungkin juga sebab dia tidak se hot Annie Wilson. Nate Archibald daripada Gossip Girls ke? Oh tidak tidak. Atau Nobita & Doremon? Tak mungkin juga. Saya cuba memfokus dengan sepenuh tenaga macam Harry Potter mengeluarkan magic untuk membunuh dementor-dementor yang ganas yang hodoh dan bodoh.

La, rupa-rupanya Nadiah kawan sekelas saya! Hati saya mula berkecai bagaikan ibu kucing kehilangan anak-anaknya, bagaikan Romeo kehilangan Juliet, bagaikan Abby Abadi berpisah dengan Norman Hakim, bagaikan milo tak bersusu. Cis kurang asam boi, ganggu saya tidur sahaja!

Saya menekan telefon bimbit saya dengan sopan santun. Key pad rosak pulak. Tertera satu message baru: Clas F9 2day cncel.

Saya macam tidak percaya. Bagaikan delimma. Terasa macam angin penghawa dingin padam, terasa masa terhenti buat seketika. Mungkin itu kuasa Hiro Nakamura. Saya mencari-cari Hiro dalam kegelapan. Hiro! Hiro! Adekah itu hero saya membawa khabar berita baik atau saya hanya mengalami fantasi? Swoshhhhhhh. Saya balik ke alam realiti.

Tak kan Nadiah buat lawak kot. Rasa hendak bertanya kepada Nadiah sahaja tapi takut dia reply, "u ingat i buat lawak ke! u ingat i ni ape!". Ini Nadiah lah Rashaad bukan Aiman Hakim. Dia tidak akan membuat lawak pagi-pagi buta. Tanpa membuang masa saya terus reply: Thanks. Who told you eh?

Tidak beberapa lama kemudian Nadiah replied: Debie. patrick calld her

Saya macam tak percaya. Saya ingatkan Nadiah yang saya kawan selama ini bukan Nadiah yang saya kenal. Tapi saya silap. Nadiahlah yang telah mengejutkan saya dan memberitahu saya kelas hari ini batal. Terima kasih Nadiah!

Tapi bagaimana pula dengan cikgunya? Saya menggaru-garu kepala. Runsing. Kelas batal tapi cikgu?

Keesokannya baharu saya tahu, cikgu saya kena denggi.

My first attempt on full Malay post. Peace.

3 comments:

aidil said...

its cool dude! seriously!

Ahmad Rashaad said...

thanks for reading it! hehe, u know it took me more than 1 hour to perah otak and came out with this idea of writing. phew!

fiqss said...

u sound more dramatic in malay ;p